Ahad, 26 Mac 2017

6 Sebab Utama Banyak Perniagaan 'Online' Menemui Kegagalan (Part 1)

Tahukah anda hampir 99% daripada peniagaan 'online' menemui kegagalan dan hanya 1% sahaja yang berjaya. Samada anda bersetuju atau pun tidak, maka ini adalah faktanya.
Bagi anda yang baru ingin memulakan perniagaan internet ini sudah tentu anda tidak mahu tergolong dikalangan statistik 99% ini bukan? Hari ini saya akan kongsikan 6 sebab mengapa ramai yang menemui kegagalan di dalam keghairahan untuk berniaga secara 'online' semoga ianya menjadi panduan berguna kepada semua.

1. RAMAI TERJEBAK DENGAN SKIM CEPAT KAYA





Kebiasaannya corak atau patent skim cepat kaya yang terdapat didalam dunia internet ini adalah terlalu Indah!. Gaya pemasaran yang menunjukkan pemilikan kereta-kereta mewah, percutian eksotik, gaya hidup mewah menjadi umpan paling utama bagi mereka yang menjalankan kegiatan ini bagi memancing orangramai untuk menyertainya.


Ini adalah cara paling berkesan untuk memberi keyakinan kepada bakal-bakal peserta, apatah lagi dengan menyatakan bahawa seseorang akan mendapat segala kekayaan hanya dengan menyertai skim tersebut dan dengan hanya menekan satu butang anda akan mendapat pulangan yang berlipat kali ganda dalam tempoh sebulan atau 2 bulan.....hmmmmm, siapa yang tak nak kaya kan?.

AWAS!....Jika kita ingin berjaya di dalam perniagaan 'online', program-program seperti ini harus kita hindari. Menjana pendapatan melalui internet mengambil masa dan memerlukan usaha yang banyak. Ianya tidak semudah dan secepat seperti yang kita sangkakan. Jadi jangan cepat percaya dengan skim-skim atau program seperti itu.



2. RAMAI BERANGGAPAN MEREKA AKAN DAPAT MENJANA PENDAPATAN TANPA MENGELUARKAN SEBARANG PERBELANJAAN ATAU MODAL.




Untuk menjalankan perniagaan internet atau untuk menjana pendapatan secara 'online' kita perlu mempunyai alat-alat pemasaran yang berkesan dan kebanyakannya adalah tidak percuma!.Kita memerlukan software untuk mendapatkan senarai e-mail bakal pembeli, biasanya kita kenali sebagai 'Autoresponder'. Sekiranya anda peniaga yang serius, anda mungkin memerlukan nama domain dan 'Hosting untuk Laman Web' anda.
Malah jangan lupa, 'MASA' kita di hadapan laptop juga adalah Modal......penggunaan data internet kita juga adalah Modal.
Jadi untuk menjadi peniaga 'online' kita harus berani untuk mengeluarkan modal bagi mempertingkatkan hasilnya. Adat berniaga, jika kita takut untuk mengeluarkan Modal maka perniagaan kita tidak akan kemana.
Tindakan paling bijak sebagai kayu ukurannya, biarlah perbelanjaan/pelaburan kita itu adalah lebih kecil daripada hasil yang diperolehi.
Perniagaan Tanpa Modal - Tidak Benar Samasekali
Perniagaan Dengan Modal Minima - boleh diterima!





Inginkan cara selamat dan mudah mengumpul modal untuk memulakan perniagaan di internet?

Clixsense ; tempat paling mudah untuk mula mengumpul modal .....
Daftar percuma, payment dalam USD 
Klik 'banner' dibawah dan 'sign up' dan mula menjana income anda.
(Lakukan networking  untuk hasil yang lebih cepat dan banyak)

 Be it fulltime or part time....this is the best place for all to start rolling your capital and making your residual income.
Tambah kapsyen










3. RAMAI YANG MENYERTAI SESUATU PERNIAGAAN INTERNET TERLALU CEPAT TANPA MEMBUAT SEBARANG 'CARIAN' TERHADAP SESUATU PERNIAGAAN ATAU PROGRAM.


Pastikan sesuatu program atau perniagaan internet yang kita ingin sertai itu mempunyai produk yang bagus!. Kita beli dahulu, guna dahulu dan cuba dahulu. Selidiki terlebih dahulu sudah berapa lama perniagaan internet (program Affiliates, dropship) ini telah dijalankan. Siasat siapakah pemiliknya atau nama syarikat yang mengendalikannya. Jika anda tidak mengetahui tidak dapat mencari maklumat siapakah pemilik program atau syarikat yang menjalankan perniagaan tersebut maka, kita harus lebih berhati-hati dalam membuat keputusan menyertainya. Sudah pasti kita ingin menyertai program perniagaan bersama dengan mereka yang boleh dipercayai bukan?.
Kemudian lihat kepada bayaran komisen atau keuntungan yang boleh dijana melalui perniagaan tersebut. Adakah apa yang dijanjikan adalah terlalu INDAH?.....kerana, ditakuti anda akan terjebak dengan point pertama kita diatas, iaitu SKIM CEPAT KAYA!



OK.....Next 3, saya akan sambung lagi dalam Part 2......:-)



I am Who I am....

Assalamualaikum w.b.t.

Nama saya Mohd Bakri bin Ngah...........a.k.a. MBN / kalam Minda
Berasal dari sebuah negeri di Pantai Timur. 

Saya bukanlah seorang IM (Internet Marketer) apatah lagi 'GURU' atau 'SIFU'. Sudah hampir 3 tahun saya menjana pendapatan melalui peluang dan perniagaan di internet. Asalnya hanya bermula secara sambilan dan kini ianya adalah merupakan sumber pendapatan saya yang utama. Personal achievement is not that 'grand' tetapi progress in business, alhamdulillah.
  
Setakat nak berkongsi idea.....no problem, just treat me as a friend in business.

Oh ya.....dulu saya telah berkecimpung dalam dunia korporat (lebih kurang 20 tahun) dalam sektor swasta.
Pernah bertugas di Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan post terakhir saya adalah di Kelantan.
Berhenti di usia 40 dan mula berjinak-jinak dengan peluang-peluang perniagaan di internet dan kini ia adalah merupakan sumber pendapatan utama saya.

'Niche' kegemaran saya;
  • Timba ilmu dari bahan bacaan seperti dari EBook dan buku fizikal (Terutama topik berkaitan perniagaan diinternet)
  • Minat kepada Topik berkaitan dengan Motivasi Diri (Self Development Process)
  • Insurans Hayat & Takaful - (this is my actual background for 20 years over)
  • Perniagaan dan pemasaran diinternet
  • Alatan atau perisian (Software) dan sistem pemasaran untuk meningkatkan perniagaan di Internet
Menulis blog ini adalah minat yang dah terpendam untuk sekian lama, dan alhamdulillah....
Saya harapkan penulisan dan perkongsian saya nanti akan dapat memberi manfaat yang berguna untuk rakan-rakan semua.

Jika ada yang sudi ingin berkenalan, boleh lah 'add' saya sebagai rakan di facebook saya di Sini

dan jemputlah juga ke Fanpage saya....nak komen, like, share atau nak posting kata-kata semangat disana amat saya alu-alukan. Tuan-tuan dan puan-puan boleh klik link ini

Timbulnya niat untuk berkongsi rahsia bagaimana saya mencari pendapatan melalui ‘online’ adalah kerana saya sering diajukan dengan soalan-soalan ini daripada rakan-rakan;

-   Kau buat biz apa sekarang?
-   Rilek aje nkau kan?…..Pasaraya Giant baru aje buka pagi ni, orang lain sibuk nak pi kerja pagi-pagi   ni tapi nkau kat sana?
-   
    Bagitau la wey kalau ada peluang….boleh aku join sama?

Memikirkan soalan-soalan ni semua, membuatkan saya terbuka hati nak berkongsi Rahsia…..Itu pun kalau saya ada rahsia. :-)

Apa yang saya nak kata, anda generasi muda amat beruntung kerana, jika zaman sekarang ada yang kata dirinya masih menganggur maka itu adalah pembohongan semata-mata.
Dunia dan pencarian rezeki anda hanya dihujung jari sahaja, so, jika masih ada yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dizaman teknologi yang serba canggih ini, adalah mustahil untuk anda mengatakan bahawa hidup ini terlalu sukar, bukan?



“Those years I used to lead a group of people's.....….
now this is the right time for me to lead me, myself!”

Kalam Minda – 2017


Motivasi Sikit.......

Sambil-sambil cari ilham pagi ni........ Ok, just bagi yang pernah melawat FB fanpage saya sudah pasti anda pernah saksikan koleksi video...