Isnin, 3 April 2017

6 Sebab Utama Banyak Perniagaan 'Online' Menemui Kegagalan (Part 2)

OK.....saya sambung 3 lagi 6 sebab utama ramai peniaga 'online' yang gagal. (sambungan)




4.) Ramai Yang Berhenti Terlalu Awal....


Ramai yang berhenti terlalu awal dan ada yang tidak menyedari dikala mereka berhenti dan ingin mencuba sesuatu yang baru, pada waktu dan saat yang sama mungkin pada waktu itu juga titik permulaan kejayaannya baru sahaja ingin bermula!. Kesabaran adalah amat penting.

Mereka yang berhenti, tidaklah bermaksud mereka berputus asa, tetapi mereka tidak sabar dan yakin lalu ingin mencuba untuk membuat atau berniaga benda lain pula dalam tempoh yang singkat, sedangkan perniagaan yang dijalankan belum pun sampai sebulan. Lebih-lebih lagi mereka yang baru bermula atau seorang 'newbies'.

Sebagai peniaga 'online' kita harus tahu, ianya mengambil masa untuk membina sesuatu perniagaan, keputusan atau keuntungan bukan datang dalam masa sehari atau seminggu malah mungkin bukan dalam masa yang singkat bergantung kepada usaha kita melakukan aktiviti pemasaran. Kita patut kekal kepada perniagaan kita untuk jangkawaktu tersebut.....dan kita perlu konsisten dengan aktiviti promosi, memperkenalkan dan mengiklan produk kita! dan perlahan-lahan akan kita dapat melihat kejayaan itu datang. 'Stick and stay focus on your business'!







5.) Ramai Gagal Membina Senarai Prospek (List Building)

Jika ingin berjaya didalam perniagaan 'online' kita wajib mempunyai senarai e-mail prospek atau bakal pembeli yang berpotensi di dalam 'newsletter' atau data prospek perniagaan kita. 

Apabila kita mempunyai senarai email prospek pembeli maka kita kena sentiasa mendekati mereka atau prospek kita yang mempunyai minat yang sama dan ini akan memudahkan kita untuk menawarkan apa-apa produk berkaitan dengan minat mereka atau prospek kita.

Namun perlu diingatkan agar kita tidak hanya sekadar menghantar email ke senarai prospek kita dengan niat agar mereka 'sign up' atau membeli produk kita sahaja semata-mata!.

Kita perlu menambah sesuatu yang bernilai di pandangan mata senarai prospek kita, contohnya sentiasa membina hubungan yang baik dengan mereka. Kita boleh sentiasa menghantar email dan berkongsi tips atau petua yang berguna kepada mereka dan jangan terlalu kerap menghantar email seperti memaksa mereka membeli.

Lumrah manusia, apabila sudah mempunyai hubungan yang baik maka senarai prospek kita akan merasa senang dan mesra dengan kita dan apa sahaja tawaran atau produk yang kita ingin jual memberikan kebarangkalian berlakunya proses pembelian yang cerah kerana mereka sudah mempunyai kepercayaan terhadap kita.





6) Ramai Yang Gagal Untuk Bertindak

Ianya satu pemahaman yang amat mudah. Manusia sememangnya ramai yang cepat menjadi malas. Ramai diantara kita yang ingin mendapatkan segala-galanya tetapi hendak duduk 'goyang kaki'. Ini sifat negatif semulajadi manusia. Sesetengah orang tidak mahu membuat sebarang keputusan dan tindakan, malah mengharapkan kepada orang lain pula untuk menaikkan perniagaan mereka. Ramai yang kurang beretika dalam berusaha untuk mencari kekayaan. Ramai yang 'ingin menjadi kaya.....tetapi tidak mahu bekerja seperti orang kaya'!, ....maka tidak hairan ramai yang menjadi mangsa dan terjebak dengan skim cepat kaya.!

Anda harus buang sikap diatas. Jadilah seseorang yang berani membuat keputusan dan tindakan sendiri. Ini adalah perniagaan anda dan ini adalah tanggungjawab anda, bukan orang lain.

Kesimpulan daripada artikel ini, cara terbaik bagi menempatkan diri anda agar berada dikalangan 1% mereka yang berjaya didalam perniagaan 'online' ini adalah dengan menghindarkan daripada 6 perkara yang telah dinyatakan. Tampalkan dimeja atau papan kenyataan anda dan lakukan muhasabah diri setiap hari agar anda sentiasa dilandasan yang betul ke arah kejayaan.






Tiada ulasan:

Motivasi Sikit.......

Sambil-sambil cari ilham pagi ni........ Ok, just bagi yang pernah melawat FB fanpage saya sudah pasti anda pernah saksikan koleksi video...